Rangka Dan Badan
RANGKA
DAN CESIS
Rangka
dan cesis adalah bahagian utama pada keseseluruhan kenderaan, kerana ia
menampung dan menempatkan segala kompomen kenderaan.
BADAN
Badan
merupakan komponen yang paling terbesar dalam kenderaan. Ia dapat mengambarkan
keseluruhan bentuk kenderaantersebut sama ada cantik atau sebaliknya. Pada badan
kederaan ini ruang khas untuk menempatkan penumpang, enjin dan lain-lain
komponen.
Terdapat dua jenis rangka
dan badan untuk kenderaan penumpang atau kereta.
1.
Jenis
biasa - Rangka atau badan dibina berasingan daripada badan.
Jenis
ini tidak lagi digunakan untuk kenderaan penumpang atau kereta kerana akan
menyebabkan kenderaan tersebut terlalu berat dan juga menyebabkan kos pembinaan
yang tinggi.
2.
Jenis
bergabung – Rangka dan badan kenderaan di gabungkan
Dengan
cara ini dapat mengukuhkan binaan kebanyakkan bahagian badan supaya bersifat
seperti rangka dengan membina kaedah kekotak (box channel) pada tiap sambungan.Ini
dapat mengukuhkan keseluruhan badan.Penbinaan rangka badan jenis bergabung ini
lebih ringan,murah dan menjimatkan.
1.PENEKANAN
(PRESS WORKING)
Proses
ini memerlukan acuan yang direka mengikut bentuk yang telah ditentukan dalam peringkat
penyelidikan dan perkembangan (R&D) ini adalah proses utama
dalampembentukkan badan kenderaan. Hasil proses penekanan ini merupakan
kepingan-kepingan yang besar dan perlu dicantumkan melalui proses seterusnya.
2.PENYUCUKAN
(PIERCING)
Proses
penyucukan ini adalah untuk menghasilkan bentuk-bentuk yang bersudut atau
bentuk penonjolan tertentu. Juga untuk menghasilkan lubang-lubang yang kecil
dan sederhana dalam pembentukkan badan kenderaan.
3.MENGIKAT
(BOLTING)
Mengikat
dilakukan pada kerja-kerja mencantum bahagian-bahagian yang telah ditekan
(press) untuk menghasilkan badan kenderaan. Kaedah ini adalah untuk bahagian
yabg besar , kukuh dan didangan yang perlu ditukar ganti.
4.MELENTUR (BENDING)
Kerja-kerja melentur dilakukan untuk bahagian badan
yang lasak , besar seperti “sub-frame”, lantai , bahagian bingkai yang dibina
secara kekotak dan lain-lain.
5.KIMPAL
TITIK (SPOT WELDING)
Ianya
dilakukan unyuk mencantumkan bahagian badan yang ringan dan kurang kukuh. Ianya
dilakukan dengan mengunakan robot , dengan ini dapat mengatasi masaalah tenaga
kerja dan dapat mempercepatkan penghasilan.
6.PENGIMBANGAN (BALANCING)
Pengimbangan
adalah dilakukan pada bahagian-bahagian yang sensitive pada kenderaan. Bahagian
yang berputar dengan kadar sederhana atau pantas perlu dilakukan pengimbangan
untuk mengelakkan sebarang gegaran apabila kenderaan bergerak.
No comments:
Post a Comment