Saturday, 21 November 2015

Langkah-langkah melakuan top-overhaul

LANGKAH-LANGKAH MELAKUKAN TOP OVERHAUL


1.Tanggalkan kabel bateri dan semua saluran paip yang bersambung dengan kepala silinder
seperti hos radiator dan juga kesemua hos vakum.

2.Tanggalkan penapis udara dan perumah penapis udara.

3.Tanggalkan kabel pendikit minyak dan `choke cable`.

4.Keluarkan kabel palam pencucuh dan tanggalkan unit pengagih.

5.Tanggalkan wayar pengebumi.

6.Tanggalkan kesemua tali sawat dan penutup `timing belt`.

7.Putarkan aci engkol sehingga mencapai tanda (marking), kemudian tanggalkan tali sawat
pemasa.

8.Tanggalkan system pelepasan hasil pembakaran(exhaust).

9.Tanggalkan `valve cover`.

10. Tanggalkan `rocker arm` daripada kepala silinder.

11. Longgarkan skru yang mengikat kepala silinder pada blok. Longgarkan skru kepala
silinder mengikut turutan yang betul.

12. Tanggalkan kepala silinder setelah kesemua skrunya ditanggalkan dan letakkan kepala
silinder ditempat yang sepatutnya.

13. Tanggalkan `pulley` aci sesondol.

14. Tanggalkan pula aci sesondol daripada kepala silinder.

15. Tanggalkan pin injap.Setelah selesai menanggalkan semua pin injap, injap yang
ditanggalkan mestilah dinomborkan mengikut silinder masing-masing.

16. Tanggalkan `valve seat` dengan menggunakan `valve seat remover`.

17. Letakkan kepala silinder pada tempat yang rata dan periksa kepala silinder samada ianya
sudah retak, permukaannya melengkung atau mengalami kerosakan pada bahagian-
bahagian lain terutamanya pada bahagian saluran laluan air dan saluran minyak.

18. Periksa keratan kepala silinder dengan menggunakan pembaris besi yang rata dan tolok
perasa.

19. Uji keratan rentas pancarongga masukan dan pancarongga ekzos. Jika kelegaannya
terlalu besar, kepala silinder harus dihantar ke tempat yang sepatutnya untuk menjalani
proses `skimming` bagi meratakan kembali permukaannya.

 20.Kesemua komponen yang telah dileraikan hendaklah dicuci bagi menghilangkan kotoran-
kotoran yang ada padanya.

21. Uji kebocoran injap dengan menggunakan petrol.

22. Pasangkan `valve seat` yang baru dengan cermat dan berhati-hati.

23. Pasangkan semula injap dengan menggunakan `valve compressor` untuk memasukkan
pin injap.

24. Pasangkan aci sesondol, lengan jumpelang dan karburator.

25. Bersihkan permukaan omboh dan permukaan blok dengan menggunakan kertas las
ataupun `grinder` yang menggunakan mata jenis berus dawai halus.

26. Pasangkan kepala silinder bersama-sama gasket kepala silinder yang baru dan sapu
dengan gam gasket jika perlu.

27.Ketatkan kepala silinder bersama-sama dengan menggunakan perengkuh daya kilas.
Kekuatan semasa mengikat nat kepala silinder ialah 70 Nm. Semasa kerja-kerja
mengikat, kekuatan sepana kilas dimulakan dengan 10 Nm, kemudian ditambahkan lagi
10 Nm agar menjadi 20 Nm dan seterusnya 70 Nm.

28. Pasangkan `oil seal` yang baru pada aci putar. Pada permukaan dalamnya,sapukan sedikit
gris bertujuan mengelakkan kehausan dan memudahkan pemasangan.

29. Pasangkan puli aci sesondol dan ikatkan skrunya dengan ketat.

30. Pasangkan `tensioner bearing` dan tolakkan kekiri dan kemudian ketatkan bagi
menghalang ia daripada bergerak.

31. Pasangkan tali sawat pemasa. Pastikan `marking` berada dalm keadaan yang tepat.

32. Gerakkan puli acin engkol sebanyak tiga mata gigi ke hadapan.

33. Longgarkan skru yang mengikat `tensioner bearing`. Pastikan tali sawat pemasa cukup
tegang dan ketatkan kemblai skru `tensioner bearing`.

34. Pasang penutup tali sawat pemasa dan juga komponen lain.

35. Pasang semula kesemua tali sawat yang telah ditanggalkan.

36. Pasang semula kesemua hos dan juga wayar yang ditanggalkan.

37.Seterusnya pasangkan pengagih mengikut silinder dengan betul.

38. Laras kelegaan `rocker arm` dengan menggunakan tolok perasa.Kelegaan bagi injap
masuk ialah 0.15 mm dan 0.20 bagi injap keluar

39. Isikan cecair ke dalam radiator sehingga mencukupi. Hidupkan enjin dan biarkan
sehingga ia mencapai suhu kendalian.

40. Periksa keadaan `ignition timing` iaitu diantara 10 hingga 12 darjah. Lakukan ujian penalaan terhadap enjin dan pandu uji jika perlu.

3 comments:

  1. Assalamualaikum...saiful...tk atas perkongsian di atas..saya bercadang utk diy top overhaul proton satria injection, tapi perlukah saya turun enjin sepenuhnya..sekiranya saya buka top head shj,bagaimana utk saya buka timing belt....
    Tk..ats bantuan nasihat..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...saiful...tk atas perkongsian di atas..saya bercadang utk diy top overhaul proton satria injection, tapi perlukah saya turun enjin sepenuhnya..sekiranya saya buka top head shj,bagaimana utk saya buka timing belt....
    Tk..ats bantuan nasihat..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete